Thursday, February 17, 2011

SEJARAH PENUBUHAN BARISAN NASIONAL




     Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di MALAYSIA. Ia dibentuk pada tahun 1973 sebagai pengganti kepada PARTI PERIKATAN, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. Ibu pejabat parti gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu KUALA LUMPUR. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di MALAYSIA.

     Parti Perikatan ialah sebuah PARTI POLITIK MALAYSIA yang dimulakan oleh orang MELAYU yang bersatu di bawah presiden UMNO, TUNKU ABDUL RAHMAN, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat KEMERDEKAAN dan KEBEBASAN daripada PENJAJAH BRITISH  untuk TANAH MELAYU. Kaum CINA dan INDIA, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama. 



             Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan DEMOKRASI sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk SABAH dan SARAWAK. Parti Perikatan inilah kemudianya bertukar kepada BARISAN NASIONAL yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.    
     Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 MEI 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan PERSATUAN CINA
MALAYSIA (MCA) yang diterajui oleh Tunku dan Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan ini memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpu di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.
     Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik KONGRES INDIA SE-MALAYSIA(MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 JULAI 1955  dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai PERDANA MENTERI pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan.





     Pada 30 OKTOBER 1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Pendaftaran secara rasmi Parti Perikatan ini menjadikan parti tersebut sebagai sebuah badan yang sah dan dapat bergerak sebagai sebuah parti pemerintahan schingga membentuk satu asas yang kukuh kepada tampuk pemerintahan negara sehingga sekarang.
     Mengikut perlembagaan Parti Perikatan yang didaftarkan ini, keahliannya terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sementara itu, sebuah Majlis Kebangsaan yang mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA dan 6 orang wakil daripada MIC bertanggungjawab untuk mengelolakan parti ini.
     Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 OGOS 1957. Parti Perikatan ini mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 SEPTEMBER 1963.

KERJASAMA KAUM
     
Kerjasama pelbagai kaum di bawah perikatan ini amat berkesan dan diterima oleh semua orang sehingga gabungan parti ini merupakan satu kekuatan baru bagi permerintahan demokrasi. Penggabungan kaum, pembahagian kuasa dan penyatuan antara kaum di Tanah Melayu mendapat sokongan daripada semua orang. Semua pemimpin daripada pelbagai kaum mempunyai matlamat bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak dapat diperolehi tanpa penyatuan kaum bagi tujuan keharmonian dan keamanan.
Rumus Parti Perikatan diperbesarkan di bawah kerjasama orang Melayu dan orang bukan Melayu di seluruh negara. Konsep ini disebarkan di peringkat wilayah dan negeri. Gabungan pelbagai parti menubuhkan BARISAN NASIONAL (BN) yang didaftarkan pada 1 JULAI 1974.

ANTARA PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) - Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) - Kongres India Se-Malaysia (MIC) - Parti Progresif Rakyat (PPP) - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Parti Bersatu Sabah (PBS) - Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) - Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) - Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) - Parti Rakyat Sarawak (PRS)

2 comments:

  1. malaysia tidak pernah merdeka. malaya merdeka 31/08/57. sabah merdeka 31/08/63. sarawak merdeka 22/07/63. lesson for today. thankssss

    ReplyDelete
  2. siapa lagi yang tulis benda mengarut nih...sejak bila parti malaya memperoleh kemerdekaan bagi pihak Sabah dan Sarawak? entah2 tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak pun ko tidak tau...sia sia mak bapak ko antar pi skolah...

    ReplyDelete